Thursday, September 29, 2011

== Im@M mUDa ==

Suasana ketika jamuan selepas majlis tahlil di surau meriah kot. Suasana belatar belakangkan suara-suara perbualan pakcik-pakcik surau. Seronok agaknya dapat  bekumpul dengan kawan-kawan, together2.Cerita utama nya mestilah pasal pergi haji dan Mekah. Majlis malam tu pun majlis tahlil n solat hajat untuk bakal jemaah haji. Tak mudah menyakat kawan-kawan dieorang pakcik ni. Macam-macam gelagat. Ade pakcik sorang ni tak lekang dengan AlQuran Pen die. Alaaa... pen yang touch and read tu.Bila kita touch kat surah tu secara auto nya pen tu bersuara merdu.So, sambil makan2 tu die pun pasang la bacaan ayat2 surat Al-Hijr sempena pemergian bakal2 jemaah haji yang bakal bertolak nanti..

PAKCIK A : Kalau pasang surah Al-Baqarah, mesti cepat tidur.
PAKCIK B : Panjang kot ayat die.
(AKU : Dah agok dah)
PAKCIK B : Aa'h. Berapa ayat ade ea. Dalam 200++ kan? Lebih kurang la rasenya.
PAKCIK A : Entah. Pun tanya IMAM MUDA tepi awok tu.
AKU : <<Dalam hati..aku pulok dah..>>Hehehe...Saye tahu bace je.Bilangan tak ingat.<<padahal 3ayat last Al-Baqarah tu baru je bace msa tahlil. Hehehe..Jahilnya tak tahu..Maluuu sudah...>> Hmm ... Tanya la imam muda yang tu <<mulot menunjuk isyarat pada adik aku yg telah mem-blah kan diri dari meja makan>> Saye bukan imam laa pakcik. Huhuhu...


 P/S==JUMLAH AYAT DALAM SURAH AL-BAQARAH ADALAH SEBANYAK 286 AYAT==

pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..

eNTry pEDoOh


Fikiran buntu
Tangan menaip tetibe kaku
Don't know what to do
Kotak fikiran berkata begini dan begitu
Tak tahu yang mana satu
Tak kan nak tulis pasal Miss.U
Sapekah itu???
Entah!! Aku pun tak tau
Silap-silap aku yang kena luku
Nanti benjul kepalaku
Hallu...Melalot sudah aku....
Chow dulu !!!

pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..

Tuesday, September 27, 2011

.pENgaLAmaN pERt@Ma...

ASSALAMUALAIKUM ... Hmm... Kabarey korang semua? Harap2 semuanya sihat and heppy sokmo... And the most important thing is thanks for those yang sudi bace entry2 koi. Aku rase ni entry yang ke 14 koi kot. Haha... Lately koi suke buat entry2 yang ala2 seloka je.Koi memang suke karang mende alah macam tu. Itu pun kalau ade idea nak koi gorengkan lah. So once again koi nak ucapkan 'TQ' pada sapa2 yang sudi menjengah entry2 koi and ade yang "LIKE" jugak. Thanks jugak 'cz' ade yang kate penulisan tu kreatif. Haha... Koi rase tu pujian iklas tanpa dipakse. Hehe... Apa2 pun thanks pada kawan2 yang support blog ni.
So, before koi nak out dari entry ni, koi ade satu lagi entry.Entry ni pon ala2 seloka.Seloka xseloka jugak la.Pasal mende alah ni koi wat masa koi jadi guru ganti dulu.Hmm.. Nak tau pasal ape sila la bace, ok?

Haruskah aku bersuara
Atau berdiam sahaja melihat ragam mereka
Yang seronok bersuka ria
Bergelak tawa tak ingat dunia
Aku sekadar cuba memekakkan  telinga
Membutakan sepasang mata yang ada
Lagak seperti tiada apa

Namun akal masih waras berkata
Hati terbakar bak bara menyala
Menahan amarah nak pecah kepala
Ikutkan hati nak rotan sahaja
Itu amanat dari pengetua
Tapi jangan pesan bonda

Tiada hormat bertimbang rasa
Ada mengutuk suka mengata
Mengejek-ngejek nama bapa
Nama mak pun kena juga
Macam-macam cara nakal mereka
Cikgu mengajar mereka berbicara
Buat tak tahu apa guru kata
Bila ditanya tak tahu jawapannya
Memang sah tak buat keja
  
Hanya terus bersabar sahaja
Memang terlalu memberi muka
Niat di hati semanis gula
Dibalas dengan semasam cuka
Terpaksa telan terpaksa terima
Memang dieorang tak dengar kata
Tiada guna beria bersuara
Nasihat diberi tiada guna
Rasa hormat entah kemana
Cakap sikit buat muka
Pusing belakang mulut mengata

Haissh!!! Memang gila dibuatnya
Apa kan daya dah memang keja
Tahan je la buat seketika
Memang pengalaman yang beharga
Tapi kadang kala tergelak sendiri pun ada
Teringat akan kenagan lama
Kenakalan bersama member-member
Mudah-mudahan mereka berjaya
Itu harapan guru,ibu dan bapa
SEKIAN...HABIS SUDAH CERITA LAMA

pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..

Sunday, September 25, 2011

...kEH!dupAn...

KEHIDUPAN...
Bermula dengan kasih sayang dua insan
Pertemuan yang ditulis oleh Ar-Rahman
Mulanya sekadar sebuah perkenalan
Menjadi kawan dan teman bualan
Bila hati suadah berkenan
Hubungan dilanjut ke alam perkahwinan
Menghadirkan insan baru dalam kehidupan
Cahaya mata sebagai tambahan
Walau hadirnya tiada undangan
Pemergiannya tidak dinantikan

KEHIDUPAN...
Penuh ranjau penuh rintangan
Menanti hadir cabaran dihadapan
Hati dikunci dengan kesabaran
Berani merempuh segala ujian
Tergolek tersungkur teruskan perjalanan
Menyusuri laluan bertongkatkan keazaman
Biar dibelakang asal tak ketinggalan
Meskipun bergerakk perlahan-lahan
Pastikan tiada yang jatuh berciciran
Niat ikhlas Allah permudahkan
KEHIDUPAN...
Masa makin berjalan
Semakin berlalu semakin jauh ditinggalkan
Tiada mungkin waktu itu dikembalikan
Hanya pergi bersama memori ingatan
Segala kenangan dalam segar tersimpan
Yang manis mengukir senyuman
Yang pahit harus juga ditelan
Malam dan siang berganti tugasan
Semakin cepat bumi berputaran
Tanda dunia ke akhir zaman
Semakin hampir hari pembalasan

KEHIDUPAN...
Di akhirnya kematian
Destinasi terakhir tanah perkuburan
Kain kapan sebagai pakaian
Segala amalan jadi bekalan
Buruk baik Allah tentukan
Harta, anak dan isteri terpakse ditinggalkan
Liang lahad menjadi kediaman
Jasad terbujur kaku keseorangan
Tinggal di situ dalam kegelapan
Datang malaikat bertanya soalan
Hanya amalan memberi jawapan
Salah caturan pedih seksaan
Ketika itu tiada penyesalan
Dosa pahala yang akan tentukan
Syurga atau neraka kediaman berkekalan


pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..