Tuesday, September 27, 2011

.pENgaLAmaN pERt@Ma...

ASSALAMUALAIKUM ... Hmm... Kabarey korang semua? Harap2 semuanya sihat and heppy sokmo... And the most important thing is thanks for those yang sudi bace entry2 koi. Aku rase ni entry yang ke 14 koi kot. Haha... Lately koi suke buat entry2 yang ala2 seloka je.Koi memang suke karang mende alah macam tu. Itu pun kalau ade idea nak koi gorengkan lah. So once again koi nak ucapkan 'TQ' pada sapa2 yang sudi menjengah entry2 koi and ade yang "LIKE" jugak. Thanks jugak 'cz' ade yang kate penulisan tu kreatif. Haha... Koi rase tu pujian iklas tanpa dipakse. Hehe... Apa2 pun thanks pada kawan2 yang support blog ni.
So, before koi nak out dari entry ni, koi ade satu lagi entry.Entry ni pon ala2 seloka.Seloka xseloka jugak la.Pasal mende alah ni koi wat masa koi jadi guru ganti dulu.Hmm.. Nak tau pasal ape sila la bace, ok?

Haruskah aku bersuara
Atau berdiam sahaja melihat ragam mereka
Yang seronok bersuka ria
Bergelak tawa tak ingat dunia
Aku sekadar cuba memekakkan  telinga
Membutakan sepasang mata yang ada
Lagak seperti tiada apa

Namun akal masih waras berkata
Hati terbakar bak bara menyala
Menahan amarah nak pecah kepala
Ikutkan hati nak rotan sahaja
Itu amanat dari pengetua
Tapi jangan pesan bonda

Tiada hormat bertimbang rasa
Ada mengutuk suka mengata
Mengejek-ngejek nama bapa
Nama mak pun kena juga
Macam-macam cara nakal mereka
Cikgu mengajar mereka berbicara
Buat tak tahu apa guru kata
Bila ditanya tak tahu jawapannya
Memang sah tak buat keja
  
Hanya terus bersabar sahaja
Memang terlalu memberi muka
Niat di hati semanis gula
Dibalas dengan semasam cuka
Terpaksa telan terpaksa terima
Memang dieorang tak dengar kata
Tiada guna beria bersuara
Nasihat diberi tiada guna
Rasa hormat entah kemana
Cakap sikit buat muka
Pusing belakang mulut mengata

Haissh!!! Memang gila dibuatnya
Apa kan daya dah memang keja
Tahan je la buat seketika
Memang pengalaman yang beharga
Tapi kadang kala tergelak sendiri pun ada
Teringat akan kenagan lama
Kenakalan bersama member-member
Mudah-mudahan mereka berjaya
Itu harapan guru,ibu dan bapa
SEKIAN...HABIS SUDAH CERITA LAMA

pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..

0 kRItik@N oLeH sI pENgunJUng: