Wednesday, February 1, 2012

--kEH!duPan--


Kehidupan...
Ada masa nya perjalanannya memang mengembirakan
Hidup penuh keceriaan
Bak cahaya mentari pagi yang memancar
Pancaran cahayanya dapat dilihat oleh mata
Kehangatannya bisa dirasa
Senyuman terukir di jiwa
Hati bangun dek gembira
Ada kala tak terungkap kata-kata

Namun pepatah ada berkata
Panas yang hadir belum tentu ke petang sudahnya
Hujan turun tak kira masa
Kerana itu bukan kuasa manusia
Mentari yang tadinya bersinar
Boleh ditutupi awan sekelip mata
Jiwa yang girang tiba-tiba bertukar kelam
Hati mula tiada tenang
Menangis dan menangis
Kesedihan pula hadir tak diundang

Kehidupan...
Itulah perjalanan yang memang sudah digarapkan
Rintangan harus dilawan kecuali kematian
Kerana kita cuma insan
Yang tiada kekuasaan yang berkekalan ...




pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..

0 kRItik@N oLeH sI pENgunJUng: