Friday, September 23, 2011

... SP... mENGimBAu kENanGAn bERSamA ...

S.M.K SERI PEKAN
Di situlah segalanya bermula
Menimba ilmu mencapai cita
Mengatur langkah menuju dewasa
Memupuk ukhwah persaudaraan terbina
Kawan ... Teman ... Sahabat Mesra
Ada dari sekolah serupa 
Ada dari sini, ada pula dari sana
Asalnya memang tak sama
Itu bukan tembok pemisahnya

Bermula perkenalan kekok  bersuara
Masa berlalu mesra menyapa
Segala perkara berkongsi cerita
Gurau senda adat bersaudara
Bertepuk tampa ada juga
Menjadi pengubat berjauhan keluarga
Tiada jiwa gundah gulana
Susah senang dikongsi bersama
Tak kira tempat tak kira masa
Asarama ... Dewan Makan ... Kelas ... riuh bercerita
Sentiasa berseloroh sentiasa berjenaka
Yang berduka itu ubatnya


Jika tak kenal maka tak cinta
Hati terpaut tanpa dipaksa
Sekali pandang jiwa terpesona
Mandi tak basah tidur tak lena
Itu ungkapan pepatah lama
Memang rencah hidup manusia
Si "Adam" cintakan si "Hawa"
Begitulah juga sebaliknya
Mata berpandangan mulut diam tak berkata
Bangun hati melompat gembira
Bila si dia menerima cinta
sYHhh!! tak boleh lebih-lebih bercerita
Tiada niat menyindir sesiapa
Cerita dibuat sekadar seloka
Dalam kelas ilmu ditimba
Memegang amanah ibu dan bapa
Senyap sunyi diam semua
Guru di depan lantang bersuara
Begitu setia mengajar muridnya
Ada yang terlena terlelap seketika
Macam-macam tektik dia ada
Bukan formasi 4-4-2
Diri buku depan muka
Konon buat-buat baca
Mata terpejam entah mimpikan apa
Bila kantoi gelabah jadi nya
Lain soalan lain jawapannya
Berdiri la awak sampai habis masa
Aku pun kadang-kadang kena juga
Amek kau !!! Padan muka !!!
Yang dapat jawab selamat la dia
Rasa lega tak didenda
Teguran guru ada motifnya
Lembut bicara selamat je rasa
Kena yang garang nak tecabut nyawa
Semangat disuntik untuk berjaya
Terima kasih guru SP semua

Kebisingan kelas sentiasa ada
Masanya ketika guru tiada
Satu kelas kecoh bersuara
Dari lena tidur terus terjaga
Yang menyanyi boleh tahan suaranya
Bila berlawak satu kelas ketawa
Yang bergosip turut sama
Kutuk mengutuk perkara biasa
Itu sekadar gurauan suka-suka
Mohon maaf pada yang terasa

Guru masuk terdiam semua
Lidah kelu buntu jadinya
Bukan takut ... hormat guru  katanya
Terpaksa saje pekakkan telinga
Bila ditanya macam-macam jawapan ada
"Cikgu ... Tu bukan salah saya ... "
"Dia pun main juga ... "
Ameik kau !!! Semua kene
Yang tak buat salah turut sama
Kata kan sahabat setia
Jangan marah yee...
Sama-sama kena denda

Walaupun nakal dahulu kala
Alhamdulillah semua bejaya
Dalam peperiksaan mereka
Ada ke Jepun mengejar cita
Dalam Malaysia tak kurang hebatnya
Ada yang skor tiap semesta
Dengar cerita ada yang buat master
Ada juga yang telah bekerja
Niat membantu dalam keluarga
Gaji masyuk boleh la belanja membe-membe
Moga anda terus sukses sentiasa

Itulah kisah itulah ceritanya
Sekadar mengimbau kenangan lama
Tiada niat mahu mengata
Mohon maaf terlanjur kata
Terlanjur kata tiada sengaja
Ampun dipinta pada yang terasa
Enak manis buah nangka
Manis lagi buah mangga
Panjang umur InsyaAllah bersua semula
Moga anda terus bahagia berjaya...

p/s = = = GAMBA2 YANG DICURI DARI ALBUM GAMBA FB KAWAN2 = = =
... HABIS SUDAH ...


pOKok nANgKE pOKoK uBI..kAlaU SUke vSIt lA Lagi..lAU tAK suKE 'I'm sORy'..

2 kRItik@N oLeH sI pENgunJUng:

nisa` abdrahaman said...

hamboih, hebat betoi die wat gurindam seloka, hehe

h@w_89 said...

hamboih...tengok la sape guru nya dulu..haha